Langkau ke kandungan utama

Catatan

Busana Terkini Pilihan Raja Sehari

Busana... Ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila seseorg bakal mendirikan rumahtangga dan bergelar raja sehari. Pelbagai persiapan yg dilakukan dalam tempoh sebelom tibanya hari yang dinanti. Antara keterujaan utama yang berada dalam minda bakal raja sehari ini adalah Busana yg bakal digayakan nanti.  Terkini, busana songket adalah 'trending' yg mana menjadi pilihan utama untuk digayakan terutamanya pada majlis persandingan. Berlainan pula dengan majlis bertandang, kebanyakan bakal raja sehari ini memilih busana yang lebih sederhana seperti 'dress chiffon' dan kelihatan agak kurang menonjol berbanding hari persandingan mereka. Namun, dalam masa yang sama, kebalakangan ini hiasan manik yang sarat bukanlah menjadi pilihan utama kerana hiasan manik yang lebih sederhana kelihatan lebih menyerlah. Seiring dengan peredaran masa, fesyen busana pengantin juga lebih tampak menyegarkan dan moden. Walaubagaimanapun, semuanya adalah bergantung kepada pilihan...
Catatan terbaharu

Bunga Pelamin Pilihan

Pada zaman sekarang, bunga bunga yang sering menjadi pilihan utama untuk diletakkan di pelamin, adalah bunga jenis 'hydrangea'. Bunga ini, tampak mewah dan kemasan kelopak kelopaknya, begitu terperinci sekali. Akan tetapi, bunga 'hydrangea' ini, ada jenis jenis dan gred gred nya. Jadi, sudah tentulah bunga yang bergred mahal adalah yang paling cantik. Gambar di atas, adalah contoh bunga hydrangea bergred yang bagus. (Tapi, yang di dalam gambar ini adalah jenis bunga hidup) Gambar di atas adalah contoh penggunaan bunga hydrangea dalam hiasan pelamin. (Hydrangea +White Rose)

Aspek Penting Pencahayaan Pelamin

Sebenarnya.... Apa yang diinginkan oleh pasangan raja sehari selain daripada hari persandingan yang indah, adalah kenangan persandingan pada hari bahagia mereka seabadi mungkin selagi hayat dikandung badan. Untuk itu, sudah tentu para pasangan ini, menginginkan kenangan tersebut, diabadikan dalam bentuk potret, atau gambar yang menarik. Jurugambar yang profesional, memang dikenali pakar meng'edit' gambar tersebut secantik dan seseni yang boleh. Akan tetapi, ada dua aspek penting yang SANGAT PENTING untuk memudahkan serta mencantikkan lagi gambar gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut. Pertama : Siling yang cerah, putih dan rata. Siling yang putih dan rata, amat membantu pemantulan cahaya yang baik sekaligus menampakkan kecerahan pelamin yang ketara. Kedua : Dinding yang juga putih atau berwarna cerah Dinding yang berwarna putih atau cerah amat membantu pembiasan cahaya keseluruhan ke atas pelamin. Jadi, ...

Budaya Masyarakat Di Majlis Kahwin Di Kelantan

Di Kelantan, antara budaya kemasyarakatan yang bagus yang diamalkan, adalah pemberian 'sesuatu' kepada pasangan mempelai yang baru. Pemberian ini, biasanya adalah berbentuk wang ringgit. Ianya dikenali dengan nama 'ngelan' atau 'ngeley' dalam bahasa Kelantan. Ianya sebagai tanda ingatan dan simbolik sumbangan terhadap pasangan terbabit. Hanya majlis berlabel 'Walimatulurus' sahaja yang biasanya pemberian ini popular. Gambar Ihsan Google Akan tetapi, malangnya, budaya sedemikian, dicemari dengan kesalah tafsiran sesetengah lapisan masyarakat yang menganggap bahawa, pemberian 'ngelan' tersebut adalah wajib. Ini boleh menyebabkan timbulnya fitnah pada yang datang bertandang tanpa membawa wang. Sedangkan, perkara yang wajib, adalah cukup dengan menghadiri majlis sahaja.

Trend Pelamin Menjalar

Sekarang ini, di Kelantan, trend pelamin bunga menjalar adalah begitu relevan dan hangat. Contoh pelamin menjalar adalah seperti berikut: Warna bunga yang kontra antara lembut dan terang cukup memainkan peranan.

Kemahiran Yang Perlu DiPelajari Oleh Bakal Mempelai Sebelum Berkahwin

Kemahiran Yang Perlu Di Pelajari Bagi Pihak Lelaki Adalah: + Memasak + Mengemas rumah + Rajin menziarah + Suka mendengar + Hormat orang tua + Hormat orang muda + Membaiki kereta sikit sikit + Memasang barang kelengkapan rumah + Sabar + Sabar + Dan terus bersabar.... Kemahiran Yang Perlu DiPelajari Bagi Pihak Wanita Adalah; + Bersenam + Memandu kereta (lagi bagus sekiranya sudah mahir) + Mengenali dan memperkenalkan menu menu sihat + Menceriakan suasana (dengan cara hiasan, deko atau tertakluk pada kreativiti) + Percaturan diskaun dan kupon dengan rapi