Di Kelantan, antara budaya kemasyarakatan yang bagus yang diamalkan, adalah pemberian 'sesuatu' kepada pasangan mempelai yang baru. Pemberian ini, biasanya adalah berbentuk wang ringgit. Ianya dikenali dengan nama 'ngelan' atau 'ngeley' dalam bahasa Kelantan. Ianya sebagai tanda ingatan dan simbolik sumbangan terhadap pasangan terbabit. Hanya majlis berlabel 'Walimatulurus' sahaja yang biasanya pemberian ini popular. Gambar Ihsan Google Akan tetapi, malangnya, budaya sedemikian, dicemari dengan kesalah tafsiran sesetengah lapisan masyarakat yang menganggap bahawa, pemberian 'ngelan' tersebut adalah wajib. Ini boleh menyebabkan timbulnya fitnah pada yang datang bertandang tanpa membawa wang. Sedangkan, perkara yang wajib, adalah cukup dengan menghadiri majlis sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan