Langkau ke kandungan utama

Aspek Penting Pencahayaan Pelamin

Sebenarnya....

Apa yang diinginkan oleh pasangan raja sehari selain daripada hari persandingan yang indah, adalah kenangan persandingan pada hari bahagia mereka seabadi mungkin selagi hayat dikandung badan.


Untuk itu, sudah tentu para pasangan ini, menginginkan kenangan tersebut, diabadikan dalam bentuk potret, atau gambar yang menarik.


Jurugambar yang profesional, memang dikenali pakar meng'edit' gambar tersebut secantik dan seseni yang boleh. Akan tetapi, ada dua aspek penting yang SANGAT PENTING untuk memudahkan serta mencantikkan lagi gambar gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut.



Pertama : Siling yang cerah, putih dan rata.




Siling yang putih dan rata, amat membantu pemantulan cahaya yang baik sekaligus menampakkan kecerahan pelamin yang ketara.




Kedua : Dinding yang juga putih atau berwarna cerah






Dinding yang berwarna putih atau cerah amat membantu pembiasan cahaya keseluruhan ke atas
pelamin.




Jadi, dengan adanya pantulan dan biasan cahaya yang baik, bukan sekadar gambar dari jurufoto sahaja yang nampak cantik dan jelas, gambar yang kita ambil sendiri juga boleh nampak cantik walaupun menggunakan kamera handphone.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budaya Masyarakat Di Majlis Kahwin Di Kelantan

Di Kelantan, antara budaya kemasyarakatan yang bagus yang diamalkan, adalah pemberian 'sesuatu' kepada pasangan mempelai yang baru. Pemberian ini, biasanya adalah berbentuk wang ringgit. Ianya dikenali dengan nama 'ngelan' atau 'ngeley' dalam bahasa Kelantan. Ianya sebagai tanda ingatan dan simbolik sumbangan terhadap pasangan terbabit. Hanya majlis berlabel 'Walimatulurus' sahaja yang biasanya pemberian ini popular. Gambar Ihsan Google Akan tetapi, malangnya, budaya sedemikian, dicemari dengan kesalah tafsiran sesetengah lapisan masyarakat yang menganggap bahawa, pemberian 'ngelan' tersebut adalah wajib. Ini boleh menyebabkan timbulnya fitnah pada yang datang bertandang tanpa membawa wang. Sedangkan, perkara yang wajib, adalah cukup dengan menghadiri majlis sahaja.

Bunga Pelamin Pilihan

Pada zaman sekarang, bunga bunga yang sering menjadi pilihan utama untuk diletakkan di pelamin, adalah bunga jenis 'hydrangea'. Bunga ini, tampak mewah dan kemasan kelopak kelopaknya, begitu terperinci sekali. Akan tetapi, bunga 'hydrangea' ini, ada jenis jenis dan gred gred nya. Jadi, sudah tentulah bunga yang bergred mahal adalah yang paling cantik. Gambar di atas, adalah contoh bunga hydrangea bergred yang bagus. (Tapi, yang di dalam gambar ini adalah jenis bunga hidup) Gambar di atas adalah contoh penggunaan bunga hydrangea dalam hiasan pelamin. (Hydrangea +White Rose)