Langkau ke kandungan utama

Busana Terkini Pilihan Raja Sehari

Busana...

Ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila seseorg bakal mendirikan rumahtangga dan bergelar raja sehari. Pelbagai persiapan yg dilakukan dalam tempoh sebelom tibanya hari yang dinanti. Antara keterujaan utama yang berada dalam minda bakal raja sehari ini adalah Busana yg bakal digayakan nanti. 

Terkini, busana songket adalah 'trending' yg mana menjadi pilihan utama untuk digayakan terutamanya pada majlis persandingan. Berlainan pula dengan majlis bertandang, kebanyakan bakal raja sehari ini memilih busana yang lebih sederhana seperti 'dress chiffon' dan kelihatan agak kurang menonjol berbanding hari persandingan mereka.


Namun, dalam masa yang sama, kebalakangan ini hiasan manik yang sarat bukanlah menjadi pilihan utama kerana hiasan manik yang lebih sederhana kelihatan lebih menyerlah. Seiring dengan peredaran masa, fesyen busana pengantin juga lebih tampak menyegarkan dan moden.

Walaubagaimanapun, semuanya adalah bergantung kepada pilihan raja sehari sendiri untuk memilih busana yang sesuai dengan bajet mereka dan kesesuaian. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budaya Masyarakat Di Majlis Kahwin Di Kelantan

Di Kelantan, antara budaya kemasyarakatan yang bagus yang diamalkan, adalah pemberian 'sesuatu' kepada pasangan mempelai yang baru. Pemberian ini, biasanya adalah berbentuk wang ringgit. Ianya dikenali dengan nama 'ngelan' atau 'ngeley' dalam bahasa Kelantan. Ianya sebagai tanda ingatan dan simbolik sumbangan terhadap pasangan terbabit. Hanya majlis berlabel 'Walimatulurus' sahaja yang biasanya pemberian ini popular. Gambar Ihsan Google Akan tetapi, malangnya, budaya sedemikian, dicemari dengan kesalah tafsiran sesetengah lapisan masyarakat yang menganggap bahawa, pemberian 'ngelan' tersebut adalah wajib. Ini boleh menyebabkan timbulnya fitnah pada yang datang bertandang tanpa membawa wang. Sedangkan, perkara yang wajib, adalah cukup dengan menghadiri majlis sahaja.

Bunga Pelamin Pilihan

Pada zaman sekarang, bunga bunga yang sering menjadi pilihan utama untuk diletakkan di pelamin, adalah bunga jenis 'hydrangea'. Bunga ini, tampak mewah dan kemasan kelopak kelopaknya, begitu terperinci sekali. Akan tetapi, bunga 'hydrangea' ini, ada jenis jenis dan gred gred nya. Jadi, sudah tentulah bunga yang bergred mahal adalah yang paling cantik. Gambar di atas, adalah contoh bunga hydrangea bergred yang bagus. (Tapi, yang di dalam gambar ini adalah jenis bunga hidup) Gambar di atas adalah contoh penggunaan bunga hydrangea dalam hiasan pelamin. (Hydrangea +White Rose)