Busana... Ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila seseorg bakal mendirikan rumahtangga dan bergelar raja sehari. Pelbagai persiapan yg dilakukan dalam tempoh sebelom tibanya hari yang dinanti. Antara keterujaan utama yang berada dalam minda bakal raja sehari ini adalah Busana yg bakal digayakan nanti. Terkini, busana songket adalah 'trending' yg mana menjadi pilihan utama untuk digayakan terutamanya pada majlis persandingan. Berlainan pula dengan majlis bertandang, kebanyakan bakal raja sehari ini memilih busana yang lebih sederhana seperti 'dress chiffon' dan kelihatan agak kurang menonjol berbanding hari persandingan mereka. Namun, dalam masa yang sama, kebalakangan ini hiasan manik yang sarat bukanlah menjadi pilihan utama kerana hiasan manik yang lebih sederhana kelihatan lebih menyerlah. Seiring dengan peredaran masa, fesyen busana pengantin juga lebih tampak menyegarkan dan moden. Walaubagaimanapun, semuanya adalah bergantung kepada pilihan...